Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS RAYA HARI TELAH SELAMAT DI SEMPURNAKAN! DENGAN JAYANYA.! ~~ :-)

Terima kasih Kerana Hadir di Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Anak Yatim. Tarikh berita dimasukkan: 12/10/2010

Link Berita rasmi : http://www.aleacorp.com/v1/berita.asp?no=119

Pihak syarikat dan Team AleaCorp ingin mengucapkan terima kasih dengan kesudian Rakaniaga yang datang dari seluruh Malaysia ke majlis jamuan Hari Raya AleaCorp.com bersama anak yatim yang serba ringkas tetapi sangat bermakna buat semua. Seramai 200 Rakaniaga bersama keluarga telah hadir memeriahkan majlis. Pihak syarikat dan Team AleaCorp.com juga ingin mengucapkan terima kasih & tahniah kepada En. Faizul dan En. Halim sekeluarga yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut.

Laporan Ringkas Majlis:

1) Majlis telah dimulakan dengan doa kesyukuran atas perlantikan Wawasan Paradigma Sdn. Bhd.sebagai konsultan kepada sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC) untuk projek menaik taraf IT di Kementerian-kementerian berkaitan dengan nilai projek adalah RM320,000,000.00(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Dua Puluh Juta) & atas perlantikan TM Ads Solution untuk membangunkan model E-learning produk utama AleaCorp.com iaitu “Panduan Menulis Rancangan Perniagaan Siri Asas” oleh Universiti-universiti berkaitan yang menawarkan pengajian keusahawanan.

2) Majlis juga telah di serikan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Sekolah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi yang berjumlah 25 orang. Team AleaCorp.com telah menyerahkan sumbangan berupa hamper keperluan harian dan duit raya kepada pengetua sekolah iaitu Ustaz Salahuddin. Serentak dengan itu juga Rakaniaga AleaCorp.com bersama Ustaz Salahuddin telah merasmikan TABUNG AMAL AleaCorp.com di mana pihak syarikat akan menyalurkan RM1 dari setiap jualan Pakej Corporate kepada tabung tersebut untuk didermakan kepada rumah-rumah anak yatim, kebajikan dan sekolah-sekolah pondok yang memerlukan bantuan kewangan. Rakaniaga juga dialu-alukan untuk menderma dengan pindahan eWallet @ sWallet ke id AMAL atas penama Tabung Amal AleaCorp.com.

Untuk Menderma sila lakukan PINDAHAN eWallet @ sWallet ke id AMAL

3) Penyerahan Ganjaran Insentif Penajaan & Hierarki AleaCorp.com seperti Komputer Riba dan Sijil Simpanan Premium kepada Rakaniaga. Seramai 21 Rakaniaga telah menerima Sijil Simpanan Premium berjumlah RM30, RM50 & RM200. Team AleaCorp.com mengucapkan TAHNIAH kepada id Mednor kerana menjadi Rakaniaga TERKINI menerima ganjaran Komputer Riba untuk Insentif Penajaan selepas id Abgjai, Alipdu2914, Zainalkk, Azmi0123 dan Moneymagnet!!


4) Cabutan Bertuah Bulan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri 2010 telah dijalankan di hadapan hadirin dengan id Haressa telah berjaya memenangi hadiah utama iaitu iPhone4!! Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang cabutan bertuah:

Id Haressa – iPhone4
Id Wangringgit – SSP RM100
Id Lea – SSP RM100
Id Indah - SSP RM100
Id Amc - SSP RM100
Id Juwita - SSP RM100
Id Nurul5665 - SSP RM50
Id Dewi - SSP RM50
Id Jelitaku - SSP RM50
Id Kirana - SSP RM50
Id Rainman - SSP RM50
Id Ayiena - SSP RM50
Id Yankay - SSP RM50
Id Tabung - SSP RM50
Id Edayu88 - SSP RM50
Id Buatduitonline - SSP RM50

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang!! Kepada pemenang yang tidak dapat hadir di majlis perasmian, sila email ke support@aleacorp.com alamat anda untuk hadiah di poskan ke alamat anda.

5) Majlis di akhiri dengan satu lagi cabutan bertuah untuk tetamu yang hadir!! Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang cabutan bertuah tersebut:

Id Anif – SSP RM100
Id Samuraix – SSP RM30
Id Jelitaku – SSP RM30
Id Eda696 – SSP RM30
Id Hijrahku – SSP RM30
Pn Muhaiyah Bt Harun – SSP RM30
Id Armada – SSP RM30

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang!! Hadiah akan diposkan ke alamat yang diberikan dalam masa terdekat ini.

Gambar-gambar ketika majlis akan dimuat naik ke GALERI dalam masa terdekat ini. Teruskan kesetiaan anda bersama kami kerana akan ada lebih banyak acara-acara menarik akan diketengahkan di AleaCorp.com!!

Salam Kejayaan & Terima Kasih di atas sokongan anda!
Team AleaCorp.com


SILA KLIK UNTUK LIHAT PHOTO AKTIVITI DI FACEBOOK GROUP:-
http://www.facebook.com/album.php?aid=24077&id=100000766555032

No comments:

Post a Comment