Sunday, January 30, 2011

Penstrukturan Semula & Pelan Transformasi 5 Tahun AleaCorp (2011-2015)


Penstrukturan semula korporat AleaCorp.com adalah bagi mengukuhkan jenama AleaCorp.com di peringkat domestik dan membantu meluaskan jaringan AleaCorp.com ke serantau Asia terutamanya rantau Asia Tenggara.

Penstrukturan semula korporat tersebut terutamanya adalah berkaitan penubuhan Alea Business Solution yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi pengurusan AleaCorp.com. Alea Business Solution akan dibarisi oleh pengurusan baru daripada gabungan muka baru dan muka lama yang akan fokus sepenuhnya hanya kepada pengurusan dan hala tuju AleaCorp.com.



Langkah ini dilihat akan menjadikan AleaCorp.com lebih berdaya saing terutama ke peringkat global apabila segala keputusan tertinggi akan dilakukan oleh Alea Business Solution dan tidak lagi perlu menunggu keputusan syarikat induk. Barisan pengurusan baru ini juga akan bertanggungjawab memacu Pelan Transformasi 5 Tahun(2011-2015) AleaCorp.com yang antara sasaran utamanya adalah menjadikan AleaCorp.com bertaraf global seterusnya menjadi penyumbang tertinggi kepada perolehan syarikat. 

Antara strategi yang dirangka dalam Penstrukturan Semula/Pelan Transformasi tersebut adalah:-

 
1) Pengurusan Baru


Rombakan pengurusan dengan memasukkan muka-muka baru untuk bergandingan dengan barisan sedia ada. Berkuatkuasa 1 Feb 2011, saudara Mohd Saiful Zaman akan mengetuai barisan pengurusan sebagai Pengerusi Eksekutif. Saudara Heedir Ann pula akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Urusan mengantikan saudara Ir. Hakim Abdullah. Saudara Shahril Anwar pula akan mengambil alih jawatan Pengarah Pentadbiran daripada saudari Norasha Mohamad. Saudara Irwan Mokhtar dan saudari Adline Abdullah kekal sebagai Pengarah Kewangan dan Pengarah Multimedia. Untuk menguatkan jaringan AleaCorp.com di Asia Tenggara, barisan pengurusan baru juga akan dibarisi wakil-wakil daripada Singapura - saudara Shukri Shamsudin, Brunei Darul Salam – Pengiran Mohd Fazillah dan Indonesia – Ustaz Supardi. 







2) Rombakan Struktur Komisyen


Untuk kekal relevan dengan Akta Pindaan Jualan Langsung 2010 yang telah dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun 2010, berkuatkuasa 1 Feb 2011, beberapa struktur komisyen akan dirombak. Rombakan adalah merangkumi pemansuhan rebet tajaan, tambahan komisyen level 1 daripada RM10 kepada RM15, tambahan komisyen royalti daripada 5% kepada 10% dan pertukaran definasi rebet bulanan kepada Pay To Click. 

3) Pengenalan Produk Baru


Produk-produk yang lebih kreatif dan inovatif akan diperkenalkan dengan lebih kerap supaya AleaCorp kekal relevan dan informatif. 


4) AleaCorp Store

Produk-produk terutamanya produk IKS antara yang akan dijual di AleaCorp Store. Produk-produk AleaCorp dan barangan berasakan IT juga ditambah. 

5) Transformasi Rakaniaga

AleaCorp.com akan memaksimumkan kepakaran yang ada pada Rakaniaga untuk menceburi bidang-bidang perniagaan baru yang berdaya saing. 

Diharapkan barisan kepimpinan baru akan meneruskan kesinambungan dasar yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan sebelumnya. Seterusnya bersama seluruh Rakaniaga memacu perlaksanaan Pelan Transformasi 5 Tahun(2011-2015) AleaCorp.com! 



Link BERITA RASMI YANG ORI, sila ke :-
http://www.aleacorp.com/v1/berita.asp?no=146

No comments:

Post a Comment